Thursday, March 13, 2008

Politikus gila kuasa - BN BA sama!

Posted for a friend:


Bukan Melayu saja mudah lupa - rupanya Cina DAP pun sama saja. Bila Kit Siang tunjuk garang bantah keputusan Sultan Perak dia sebenarnya LUPA pada 'Barisan Rakyat' - ala orang biasa macam kita yang susah payah undi untuk mencari pembaharuan. Sikit pun dia tak ingat, dia kira dia saja. Menyampah! Meluat! Buat penat saja orang lain sokong - macam la depa tu tera sangat!

Ni 'Malaysia Today' cerita PAS Hassan Ali cuba 'nego'dgn Khir Toyo sebab dia teringin jadi MB. Tu pun sorang lagi - MELUAT! Betul2 la kepala masam. Kira perut dia sorang juga! Perjuang politikus2 tu semua yang betuinya hanyalah untuk cari tempat, cari pengaruh, cari kuasa dan akhirnya cari peluang untuk temolok depa saja. Entah betul ke tidak 'Seman Kati'pulak kata Nizar PAS Perak pun cuba pekena PKR - tak tau ler kut2 media BN saja nak laga2 kan mereka semua tapi kalau dah tak berapa setuju untuk perjuang Rakyat memang ler 'musuh'cari peluang!

Dari bacaan komen2 dari blog2 ada, rasanya orang2 muda tak lagi kisah pasal agenda lapuk Kit Siang dan geng2 Melayu, Cina, India- yang sewaktu dengan dia. Perkembangan ini aku kira baik sebab masa depan Malaysia adalah hak orang2 muda pun - bukan lagi hak geng2 lanjut usia yang rumah pun dah suruh pergi!

Ada satu blogger tu kata Umnoputra tu termasuk VK Lingam dan Vincent Tan! Betul juga tu - tak terfikir plak aku sebelum ini. Ya tak ya - kata saja DEB untuk Melayu - yang kaya geng depa saja. Tidak takkan ler selama 50 tahun depa duk lawan lahap apa harta yang bumi Malaysia ada! Macam dalam cerita P.Ramlee "Nujum pak Belalang" - penyamun dua orang duk berbahagi harta - satu untuk kau, satu untuk aku - dua untuk kau tiga untuk aku....!! Yang susah rakyat jugak!

Tak heranlah bila ramai dari kalangan rakyat Melayu, Cina dan India yang kecewa dengan perangai 'bodoh' Parti yang menang ni (nak kata pembangkang depa dah menang - nak kata kerajaan - perkara yang kecik2 pun berkelahi siang malam. Bodoh! Bodoh! Bila orang kata hangpa tak reti memerintah - oh, bukan main pandai jawab - dak aih, bagi kami peluang 5 tahun tengok - kami boleh aih! Kepala hotak depa! Nak duduk semeja pun payah - nak perintah orang konon! Nasib la kita rakyat nak bagi peluang juga - patutnya kita terajang buang yang kerepok2 tu - bagi kat orang muda sudah tapi jangan ler muda sangat. Guan Eng tu dah gelojoh sangat - malam ni jugak nak tukar semua!

Yang betuinya 080308 adalah tarikh keramat kerana dari tarikh itu, BN sudah nampak kelemahan baju besi( Armor) nya! Sebesar2 BN dan sekuat2 jentera BN pun boleh kalah jugak. Sapa sangka - yang menang pun tak sangka tapi malangnya bila dah dapat awai sungguh depa lupa kat RAKYAT!

Aku pun dah pening - tak bagi peluang rasa nak bagi - dah bagi depa buat perangai beruk dapat bunga! Kita pakat mintak ler Tuhan pelihara kemenangan rakyat ni!


kwn-frus

No comments: